Hari ini hari Khamis, bersamaan 30 Julai 2011, hari terakhir untuk aku ke kelas tutorial..aku kena ambil ujian midterm untuk subjek Aqidah paling awal dari rakan kelas yang lain. Ini kerana, aku ada program KPOi anjuran SPMM pada 1 dan 2 Julai 2011,kelas tutor Aqidahku bertindan disitu. Tapi, selepas sahaja aku selesai jawab soalan, tiba-tiba aku mendapat mesej dari ketua unit Perhubungan Luar..rupanya, KPOi kena tangguh lagi. ‘Takpe lah..mungkin ada hikmah...’.
Ketika mana aku hendak mengambil wudu ’ di surau FKP, aku merancang-rancang untuk balik rumah selepas mempertimbangkan sehabis mungkin, macam tak ada kerja sahaja..hari ahad sebelum itu pun, aku seperti tidak memberi apa-apa sumbangan kepada keluarga di rumah, hanya berniat untuk mengambil laptop abang. Setelah selesai solat, aku terserempak cik Ecah, Bendahari SPMM sesi 2011/2012 kita..Lantas aku bertanya, “KPOi kena tangguh yer?”
Memang kena tangguh, tapi MT & Exco tetap ada perjumpaan pada 1 & 2 Julai 2011. ‘Ya Allah...baru aku nak lepas rindu dengan orang rumah..’. Inilah erti pengorbanan yang wajib aku hadam...Hmm....
***********
Petang itu, di kelas terakhir tutorial... Kumpulan terakhir, dianggotai cik Masithah, Amal, Tengku dan Sulhi semangat hendak membentangkan tajuk “Mutashabihat At-Talaq, ’Idah dan Ruju’ ”. Siap sedia dengan lakonan lagi..Kecut perut juga.. Mula-mula, babak isteri kena La’an dengan suaminya. Babak kedua, babak si suami nak rujuk balik isterinya..ustaz siap masuk campur lagi, nasihat ‘jangan jual mahal sangat’..Ish..ish..ish..
Aku rasa sangat respect kat Cik Amal yang spontan berbahasa Arab menerangkan isi tajuk pembentangan sekalipun ada tergagap-gagap..
Selesai sahaja pembentangan mereka, ustaz hendak terus mengulangkaji tajuk-tajuk lepas. ustaz cadangkan kami mula merujuk tajuk yang belakang-belakang dulu,apa lagi kalau bukan bab nikah. katanya, kami tak ada masalah bab ibadat ni..Tak apalah, kita layan sahajalah..
Ustaz mulakan dengan bab Khitbah, atau kita sebut ia sebagai pertunangan dalam bahasa Melayu. Seperti biasa, persoalan ini ditanya semula, mungkin untuk memantapkan lagi tahap pemahaman kami. Persoalannya, “Adakah dibenarkan seorang lelaki itu meminang tunang orang lain?” cepat kami memberi jawapan, “takkk....”..ustaz terangkan, hikmahnya adalah kerana untuk mengelakkan pertengkaran antara dua pihak.
kemudian, bab Al-Muharramat minan Nisa’ atau Para Perempuan yang Diharamkan pula.. Kali ini ustaz memang mengajak kami fikir sampai berkerut dahi, sampai kening kanan tersambung kening kiri. Apa lagi kalau bukan tentang Perempuan yang diharamkan disebabkan ada perhubungan ‘susuan’ atau kami belajar dengan memahaminya sebagai al-Muharramat minar Rida’. Baik.. mari kita fikir-fikirkan bersama-sama, siapa mereka ini, bagaimana kita mahu menjelaskan kepada ustaz sehingga ustaz betul-betul maklum dengan jawapan kita... Ibu Mertua Susuan? Anak Tiri Susuan? Emak Tiri Susuan? Dan satu lagi, yang paling kontroversi, siapakah Menantu Susuan???
Kebanyakan Encik Sulhi dapat menjawab dengan betul, sehinggakan ustaz memuji-mujinya.. Sudah-sudahlah tu ustaz.. Ibu Mertua Susuan adalah ibu susuan kepada isteri seorang suami itu. Anak Tiri Susuan adalah anak susuan kepada isteri baru seseorang suami itu. Emak Tiri Susuan adalah isteri baru kepada suami kepada emak susuan seseorang itu. Menantu Susuan pula adalah..begini..contoh, Ali ada ibu susuan, ini bermakna isteri Ali adalah menantu kepada ibu susuan Ali tersebut. terjawab sudah.
Seterusnya, bab Rukun Nikah.. Ustaz mengingatkan kami, bab nikah ni jangan dibuat main-main untuk dibuat. Boleh jadi sah.. Kepentingan 2 orang saksi yang adil pula dapat berperanan di sini.. Ustaz memberi contoh, 2 orang saksi ini dapat menidakkan kesasihan pernikahan waima si bapa atau datuk (Wali Mujbir) main-main hendak menikahkan anak gadisnya kepada seorang lelaki dengan menggunakan mikrofon dan dapat didengari oleh satu kampung.. NO Komen..
Bab Walimah, ustaz tidak mahu ulas kerana menganggap kami sudah faqih apatah lagi ustaz mengagak kami tidak sabar untuk menghadapinya..apa-apa je la ustaz..
Bagi bab Hak-hak Pasangan Suami Isteri..Sebelum itu, teringat pula, ustaz ada bertanyakan persoalan “Apakah perbezaan Hak dan Tanggungjawab?”.. Sama-sama kita fikirkan...
Ustaz mengingatkan kami bahawa seorang suami itu mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat selain kepada keluarganya, tetapi seorang isteri pula hanya mempunyai tanggungjawab kepada keluarganya.. Tapi, tiada masalah kalau mahu aktif dalam mana-mana NGO jika dibenarkan oleh si suami.
Ustaz menyentuh hati kami tentang isu Dayus pula..Sebagaimana kita maklum, suami yang dayus ini tidak akan dapat membau haruman syurga..Nau’zubillah min zalik.. Isu dayus ini sudah banyak berlaku disekeliling kita. Dan Si Dayus digelar Dayus apabila membiarkan isteri dan anak perempuannya membuka aurat, tidak memakai stoking, nampakkan si isteri tidak menutup betis tetapi tidak mahu menegur.
Jikalau si isteri atau anak perempuan tidak solat dan si suami dan bapanya tidak membuat apa-apa tindakan seperti teguran..ini bukan dinamakan Dayus..
Sekali lagi ustaz menyentuh hati kami dengan menekan isu si bapa menjaga anak perempuan yang mudah mendapat ganjaran yang baik, tetapi mudah juga sebaliknya. bahayanya jika si bapa tidak memberi kasih sayang kepada anak perempuannya, ditakuti ada lelaki ajnabi lain memujuk si perempuan dengan kata-kata manis...dan si perempuan mudah cair seperti, ‘Betul, awak cantik sangat, hari ni...’ dan ‘saya tak boleh tidur tanpa awaklah..’...isyh!! kena ingatkan adik beradik perempuan aku kat rumah ni!
Ini pula tentang suami isteri.. si suami baru pulang dari kerja, penat.. Tetapi si isteri tidak sabar untuk meluahkan rasa di hati.. terasa beban masalah pada diri mesti dikongsi bersama. Nasihat ustaz, si suami perlu bersabar, mendengar luahan masalah si isteri..Si suami boleh mendengar sahaja...Contohnya, ‘Ya...Yaa..Hmmm....Isy..isy..isyh...(angguk-angguk)...Iyer?.....Kesian..kesian..kesian...’. Tapi, si suami diharap sangat jangan cuba-cuba untuk memberi sumbang saran jalan penyelesaian terhadap masalah si isterinya tadi.. ini kerana apabila si isteri telah meluahkan masalah, sebenarnya, dia telah selesaikan separuh daripada masalahnya..
Di sini, si isteri perlu menjaga ego si suami, contohnya, sediakan kopi sebelum luahkan masalah, memberi peluang si suami rehat selama 5-10 minit.. & si suami perlu menjaga hati isterinya yang emosi..dengar luahan isteri dengan sabar.
Berkenaan dengan ‘cerai’ pula..si suami perlu jauhkan diri dari menyebut perkataan itu. Ini mungkin adalah lintasan syaitan..Ustaz menceritakan apa hikmahnya, Allah menghalalkan Talak..Cuba kita perhatikan pada 1 prinsip agama Hindu, tiada istilah CERAI..Malah, mereka memegang konsep ‘SAKHTI’ di mana ini adalah lambang taat setia isteri kepada suaminya, mereka sanggup membakar diri bersama-sama si suami yang telah pergi...
Di sini, kita dapati, pada talak, terdapat banyak hikmah kepada si suami. Pada Mutashabihat At-Talaq, ’Idah dan Ruju’ pula hikmahnya banyak kepada si isteri..Indahnya Islam..
Memang banyak ilmu yang sempat ustaz kami kongsikan dalam kelas tutorial terakhir kami.. Insyaallah, anda semua yang membaca perkongsian ini, duplikasikanlah pula kepada umat Islam lain di luar sana..
Jadilah hamba yang sentiasa mengingati Allah-Penciptamu, wahai insan yang bergelar H.A.M.B.A.. Ucaplah kalimah tasbih, tahmid, & takbir. Seiring dengan zikir alam yang tidak pernah henti memuji Al-Khaliq. Lantas apa lagi alasanmu, duhai ciptaan Allah yang paling agung, gunakanlah akalmu untuk berfikir, lalu berzikir..agar engkau mencapai ketenangan hati.. “..Ketahuilah, bahawa dengan zikir akan Allah, hati menjadi tenang” (ar-Ra’du : 28)
Saturday, 2 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment