Sunday 3 July 2011

Multi Level Marketing




Oleh Zaharuddin Abdul Rahman

JUALAN Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai “Multi Level Marketing” atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.


Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai.

Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.





Para ‘Ustaz’ dan Multi Level Marketing


Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Ditambah pula mengenangkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakannya pula kelihatan ‘taksub’ dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ˜Ustaz’ dan Ustazah’ yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.


Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempen dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz’.

Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka.

Berkatalah Al-Laith bin Sa’ad: “Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian.” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ).

Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan: “Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya” ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus’ dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini.

Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.


Pengertian MLM


Secara umum ‘Multi Level Marketing’ adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline’ (tingkat atas) dan ‘Downline’ (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline’ jika mempunyai ‘Downline’.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal’ atas bawah mahupun ˜horizontal kiri kanan’ ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut:

1) Harga tinggi dari biasa: Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ˜Gabhnun Fahisyh’ menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ˜Ghabnun Fahisy’ ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369).

Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)


2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target’ tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak.

Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan “Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda”.


Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ˜brokerage fee’) sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi’en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato’ Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha’ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila:


* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.


* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya.

Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi.

Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.


* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau “brokerage” (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas “brokerage” tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM.

Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker’ atau ‘agen’ untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker’ atau ‘agen’ menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.

Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun).

Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.


4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.


5) Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya: “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad” ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )


Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk.

Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis: shafqatayn fi shafqah, atau bay’atayn fi bay’ah.

Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu’awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage’ sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003).

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : “Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya.

Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:


* Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.


* Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.


* Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.


Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM.

Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi:


1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).


2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.


3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.


4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).


5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.


6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’.

Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.


8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.


9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya.

Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini.

Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi.



Sumber : www.zaharuddin.net .

Jom Kita Buat Sama-sama..

1) Bangun pagi, jangan terus angkat punggung pergi ke bilik air tapi duduklah diam sebentar….

Berfikir….& bersyukur:-

masih dipinjamkan lagi nyawa oleh Allah, telinga masih lagi boleh mendengar, hidung masih boleh menghidu, menghirup udara nyaman & segar di awal pagi, akal masih waras berfikir, bibir masih boleh tersenyum…

Ucaplah Alhamdulillah..

Fikir & zikir..
Surah Ar-Ra’d 13: ayat 28
“Orang-orang yang beriman & hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”


2) Ambil wudu’


Niatkan di dalam hati..ketika :-

Sapu air ke muka :

berharap Allah akan pandang muka kita di akhirat kelak,
atau apa-apa sahaja yang baik, cth : orang sekeliling senang hati melihat muka kita & tidak memandang perkara2 maksiat

Membasuh tangan :

Terima buku amalan di dunia dengan tangan kanan kelak
Lain : mudah melakukan kebaikan..

Membasuh kaki :

Dapat jalan di titian sirat dengan mudah
Lain : mudah kaki melangkah ke tempat-masjid, majlis ilmu & kelas

Membasuh telinga: :

Dengar perkataan yg baik-baik, zikrullah


3) Mendoakan kebaikan kepada orang di sekeliling kita
Para malaikat juga akan turut mendoakan kebaikan untuk kita


Lebih-lebih lagi kepada mereka yang kita tidak kenali. Ganjaran yang akan diperolehi besar bila kita buat kebaikan tanpa pengetahuan mereka. Seumpama tangan kiri tidak tahu apa tangan kanan buat..

Dapat elakkan sifat suka menyangka buruk kepada orang lain..

4) Berzikir ketika menuju ke kelas..

Surah An-Nur, ayat 41

“Tidakkah engkau (Muhammad) tahu bahawa kepada Allah-lah bertasbih apa yang di langit & di bumi, & juga burung yg mengembangkan sayapnya. Masing-masing sungguh telah mengetahui (cara) berdoa & bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yg mereka kerjakan.”


Apabila penat berjalan untuk ke kelas, jangan MENGELUH..niatkan kerana Allah, pasti ada ganjaran di sisinya..


5) Membaca doa



“Ya Allah, sebgaimana Engkau memperindahkan kejadianku, indahkanlah jua akhlakku”

ketika melihat cermin…

Doa ini jelas menyatakan akhlak lebih baik dari paras rupa..

Comel, kacak, cantik di pandangan mata manusia tidak semestinya jua pada pandangan Allah..


6) Berkata dengan perkataan yang baik, tidak sia-sia..

Drpd Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Kalimah yg baik adalah sedekah, setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah, & membuang benda yg tidak disukai di jalan adalah sedekah”
[rwyt al-Bukhari & Muslim]

Ketawa jangan berlebih-lebihan… “banyakkan menangis, kurangkan ketawa”

Pujuk sahabat-sahabat kita yg berada di dalam kesedihan dengan kata-kata yg menyenangkan mereka. Cth : “ rezeki kita lebih banyak drpd dorg yg lain..rezeki pahala Allah nak bagi..rezeki pahala sabar kita tunggu bas..”


7) Kualitikan masa 24 jam kita

Buat 2 kerja dalam 1 masa.. Cth : semasa menggosok baju, dengar radio atau ceramah, tazkirah mp3 di handphone..

Zikrullah, baca AQ, Qiamullail, solat sunat..


8) Sebarkan salam..

Tunjukkan Islam itu ada di mana-mana....

Dari Abu Dzar ra., la berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah sekah-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu.” (HR. Muslim)


"Berapa ramai orang yang berilmu, dia beramal dengan ilmunya?
Berapa ramai orang yang beramal, dia ikhlas mengamalkannya?
Berapa ramai orang yang ikhlas, dia istiqamah dengan keikhlasannya?"

Mari Kita Sama-sama Muhasabah diri kita balik..
Peringatan untuk diri & Sahabat-sahabat yang sudi membaca..

Saturday 2 July 2011

7 CITA-CITAKU...


Ya Allah, kuatkanlah iman hati diri & semangatku untuk terus berusaha, usaha & terus berusaha untuk menjadi seorang :-





1) Abdullah Mutia'h






2) Fattanul Mu'addibah






3) Bintu Solehah






4) Tolibah Mumtazah






5) Zaujah Mahbubah






6) Ummu A'qilah





7) Mujahidah Mu'minah

KELAS TERAKHIR @ SHORT SEM II SESI 2010/2011

Hari ini hari Khamis, bersamaan 30 Julai 2011, hari terakhir untuk aku ke kelas tutorial..aku kena ambil ujian midterm untuk subjek Aqidah paling awal dari rakan kelas yang lain. Ini kerana, aku ada program KPOi anjuran SPMM pada 1 dan 2 Julai 2011,kelas tutor Aqidahku bertindan disitu. Tapi, selepas sahaja aku selesai jawab soalan, tiba-tiba aku mendapat mesej dari ketua unit Perhubungan Luar..rupanya, KPOi kena tangguh lagi. ‘Takpe lah..mungkin ada hikmah...’.

Ketika mana aku hendak mengambil wudu ’ di surau FKP, aku merancang-rancang untuk balik rumah selepas mempertimbangkan sehabis mungkin, macam tak ada kerja sahaja..hari ahad sebelum itu pun, aku seperti tidak memberi apa-apa sumbangan kepada keluarga di rumah, hanya berniat untuk mengambil laptop abang. Setelah selesai solat, aku terserempak cik Ecah, Bendahari SPMM sesi 2011/2012 kita..Lantas aku bertanya, “KPOi kena tangguh yer?”

Memang kena tangguh, tapi MT & Exco tetap ada perjumpaan pada 1 & 2 Julai 2011. ‘Ya Allah...baru aku nak lepas rindu dengan orang rumah..’. Inilah erti pengorbanan yang wajib aku hadam...Hmm....

***********

Petang itu, di kelas terakhir tutorial... Kumpulan terakhir, dianggotai cik Masithah, Amal, Tengku dan Sulhi semangat hendak membentangkan tajuk “Mutashabihat At-Talaq, ’Idah dan Ruju’ ”. Siap sedia dengan lakonan lagi..Kecut perut juga.. Mula-mula, babak isteri kena La’an dengan suaminya. Babak kedua, babak si suami nak rujuk balik isterinya..ustaz siap masuk campur lagi, nasihat ‘jangan jual mahal sangat’..Ish..ish..ish..

Aku rasa sangat respect kat Cik Amal yang spontan berbahasa Arab menerangkan isi tajuk pembentangan sekalipun ada tergagap-gagap..
Selesai sahaja pembentangan mereka, ustaz hendak terus mengulangkaji tajuk-tajuk lepas. ustaz cadangkan kami mula merujuk tajuk yang belakang-belakang dulu,apa lagi kalau bukan bab nikah. katanya, kami tak ada masalah bab ibadat ni..Tak apalah, kita layan sahajalah..

Ustaz mulakan dengan bab Khitbah, atau kita sebut ia sebagai pertunangan dalam bahasa Melayu. Seperti biasa, persoalan ini ditanya semula, mungkin untuk memantapkan lagi tahap pemahaman kami. Persoalannya, “Adakah dibenarkan seorang lelaki itu meminang tunang orang lain?” cepat kami memberi jawapan, “takkk....”..ustaz terangkan, hikmahnya adalah kerana untuk mengelakkan pertengkaran antara dua pihak.

kemudian, bab Al-Muharramat minan Nisa’ atau Para Perempuan yang Diharamkan pula.. Kali ini ustaz memang mengajak kami fikir sampai berkerut dahi, sampai kening kanan tersambung kening kiri. Apa lagi kalau bukan tentang Perempuan yang diharamkan disebabkan ada perhubungan ‘susuan’ atau kami belajar dengan memahaminya sebagai al-Muharramat minar Rida’. Baik.. mari kita fikir-fikirkan bersama-sama, siapa mereka ini, bagaimana kita mahu menjelaskan kepada ustaz sehingga ustaz betul-betul maklum dengan jawapan kita... Ibu Mertua Susuan? Anak Tiri Susuan? Emak Tiri Susuan? Dan satu lagi, yang paling kontroversi, siapakah Menantu Susuan???

Kebanyakan Encik Sulhi dapat menjawab dengan betul, sehinggakan ustaz memuji-mujinya.. Sudah-sudahlah tu ustaz.. Ibu Mertua Susuan adalah ibu susuan kepada isteri seorang suami itu. Anak Tiri Susuan adalah anak susuan kepada isteri baru seseorang suami itu. Emak Tiri Susuan adalah isteri baru kepada suami kepada emak susuan seseorang itu. Menantu Susuan pula adalah..begini..contoh, Ali ada ibu susuan, ini bermakna isteri Ali adalah menantu kepada ibu susuan Ali tersebut. terjawab sudah.

Seterusnya, bab Rukun Nikah.. Ustaz mengingatkan kami, bab nikah ni jangan dibuat main-main untuk dibuat. Boleh jadi sah.. Kepentingan 2 orang saksi yang adil pula dapat berperanan di sini.. Ustaz memberi contoh, 2 orang saksi ini dapat menidakkan kesasihan pernikahan waima si bapa atau datuk (Wali Mujbir) main-main hendak menikahkan anak gadisnya kepada seorang lelaki dengan menggunakan mikrofon dan dapat didengari oleh satu kampung.. NO Komen..

Bab Walimah, ustaz tidak mahu ulas kerana menganggap kami sudah faqih apatah lagi ustaz mengagak kami tidak sabar untuk menghadapinya..apa-apa je la ustaz..
Bagi bab Hak-hak Pasangan Suami Isteri..Sebelum itu, teringat pula, ustaz ada bertanyakan persoalan “Apakah perbezaan Hak dan Tanggungjawab?”.. Sama-sama kita fikirkan...
Ustaz mengingatkan kami bahawa seorang suami itu mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat selain kepada keluarganya, tetapi seorang isteri pula hanya mempunyai tanggungjawab kepada keluarganya.. Tapi, tiada masalah kalau mahu aktif dalam mana-mana NGO jika dibenarkan oleh si suami.

Ustaz menyentuh hati kami tentang isu Dayus pula..Sebagaimana kita maklum, suami yang dayus ini tidak akan dapat membau haruman syurga..Nau’zubillah min zalik.. Isu dayus ini sudah banyak berlaku disekeliling kita. Dan Si Dayus digelar Dayus apabila membiarkan isteri dan anak perempuannya membuka aurat, tidak memakai stoking, nampakkan si isteri tidak menutup betis tetapi tidak mahu menegur.
Jikalau si isteri atau anak perempuan tidak solat dan si suami dan bapanya tidak membuat apa-apa tindakan seperti teguran..ini bukan dinamakan Dayus..

Sekali lagi ustaz menyentuh hati kami dengan menekan isu si bapa menjaga anak perempuan yang mudah mendapat ganjaran yang baik, tetapi mudah juga sebaliknya. bahayanya jika si bapa tidak memberi kasih sayang kepada anak perempuannya, ditakuti ada lelaki ajnabi lain memujuk si perempuan dengan kata-kata manis...dan si perempuan mudah cair seperti, ‘Betul, awak cantik sangat, hari ni...’ dan ‘saya tak boleh tidur tanpa awaklah..’...isyh!! kena ingatkan adik beradik perempuan aku kat rumah ni!

Ini pula tentang suami isteri.. si suami baru pulang dari kerja, penat.. Tetapi si isteri tidak sabar untuk meluahkan rasa di hati.. terasa beban masalah pada diri mesti dikongsi bersama. Nasihat ustaz, si suami perlu bersabar, mendengar luahan masalah si isteri..Si suami boleh mendengar sahaja...Contohnya, ‘Ya...Yaa..Hmmm....Isy..isy..isyh...(angguk-angguk)...Iyer?.....Kesian..kesian..kesian...’. Tapi, si suami diharap sangat jangan cuba-cuba untuk memberi sumbang saran jalan penyelesaian terhadap masalah si isterinya tadi.. ini kerana apabila si isteri telah meluahkan masalah, sebenarnya, dia telah selesaikan separuh daripada masalahnya..

Di sini, si isteri perlu menjaga ego si suami, contohnya, sediakan kopi sebelum luahkan masalah, memberi peluang si suami rehat selama 5-10 minit.. & si suami perlu menjaga hati isterinya yang emosi..dengar luahan isteri dengan sabar.
Berkenaan dengan ‘cerai’ pula..si suami perlu jauhkan diri dari menyebut perkataan itu. Ini mungkin adalah lintasan syaitan..Ustaz menceritakan apa hikmahnya, Allah menghalalkan Talak..Cuba kita perhatikan pada 1 prinsip agama Hindu, tiada istilah CERAI..Malah, mereka memegang konsep ‘SAKHTI’ di mana ini adalah lambang taat setia isteri kepada suaminya, mereka sanggup membakar diri bersama-sama si suami yang telah pergi...

Di sini, kita dapati, pada talak, terdapat banyak hikmah kepada si suami. Pada Mutashabihat At-Talaq, ’Idah dan Ruju’ pula hikmahnya banyak kepada si isteri..Indahnya Islam..

Memang banyak ilmu yang sempat ustaz kami kongsikan dalam kelas tutorial terakhir kami.. Insyaallah, anda semua yang membaca perkongsian ini, duplikasikanlah pula kepada umat Islam lain di luar sana..

PENGALAMAN YANG TIDAK BOLEH DIJUAL BELI-Muslimat Power!

Malam itu, lebih kurang pukul 12.00 tengah malam. Aku dan 4 sahabat selamat sampai ke KTM Nilai.. Ada meeting sedikit dengan seorang ini..

Kami mempercepatkan langkah, menghampiri pakcik teksi. Hati masing-masing mengharapkan kami berlima boleh masuk dalam sebuah teksi sahaja bersama-sama tanpa perlu berpecah. Tetapi, pak cik berkata, tidak boleh, risau apa-apa berlaku nanti, berkemungkinan kena tahan dengan ‘pak polisi’..Sudahlah disarankan untuk berpecah, 1 teksi kami perlu membayar RM15 pula. Allahuakbar, takkanlah 1 malam tu kami senang-senang perlu korbankan RM30.. Dalam poket masing-masing, berbaki sedikit sahaja untuk perbelanjaan makan minum lebih kurang 3 hari di kolej kami.. Kami ingin Pak cik faham, kami ini pelajar yang tiada pendapatan lagi, masih fi sabilillah menuntut ilmu.

Salah seorang dari kami mengatakan, ”tokseh...dorang saja nak ambil kesempatan ni..dorang tahu kita tengah terdesak..” Lantas kami berfikir untuk bermalam di surau yang terdapat di kawasan KTM sahaja. Berkunci.

Kami bertanya pula pada seorang pakcik yang menjadi ‘JAGA’ di situ. Hendakkan kepastian, “dekat-dekat kawasan sini ada masjid kan?” Betullah, ada masjid. Kami mempercepatkan langkah pula ke masjid itu. Hampa. Masjid terkunci.. Ada 2 pagar di situ. Jauh antara satu sama lain. “Kalau kita panjat dinding juga, maknanya kita dah dikira menceroboh”, kawanku berkata... Kami cuba usaha menghampiri ke tempat pagar lagi satu. Berkunci juga. Hati bertambah debar..Terdengar anjing menyalak. Kami melihat dekat-dekat situ, terdapat pusat futsal. Ada kereta pula mahu melintasi kami. Kami cepat-cepat menyorok bawah pokok berdekatan..kaca, duri, najis tidak kami pedulikan..

Kami berpatah balik ke pintu pagar lagi satu pada awalnya tadi. Kami nekad. Kami akan panjat dinding. Seorang dari kami, tua setahun dari kami semua mulakan dahulu. Giliran aku pula. Tidak berseluar panjang.. Tapi hati aku yakin mesti boleh! Akhirnya, Alhamdulillah, berjaya! Aku membantu sahabat-sahabat yang lain pula. Ada antara kami memakai jubah. tidak mengapa, bukankah Muslimat itu Power? Fleksibel pada mana-mana situasi. Ucapan Tahmid tak putus-putus terucap.. Kami tidak percaya, malam ini kisah kami begini..

Kami nekad memanjat dinding atas alasan yang 1 ini : Masjid adalah rumah Allah! Kami berhak menjadi tetamunya walaupun dinihari dan kami ini bergelar muslimah.
Kami bersyukur, kami sudah berada pada satu kawasan yang berpagar, dan pastinya Rumah Allah. Harapan kami masing-masing agar kami di dalam jagaan Allah dengan sebaiknya.

Malam itu, kami bermalam di luar masjid sahaja. Alhamdulillah, itu sudah memadai, lebih baik daripada sebelumnya tadi. Kami tidur-tidur ayam sahaja malam itu. Bertemankan langit malam yang suram, mendengar nyalakan anjing dan miauwan kucing.. Gigitan nyamuk juga menjadi tetamu kami malam itu. Di hati masing-masing risau, kami tidak sedar apabila ada orang mula membuka pagar masjid.

Aku terbangun apabila terdengar ada orang membuka pintu pagar. Tergesa aku mengejutkan sahabat yang lain. Kami mempercepatkan langkah. Kami menyorokkan diri di kawasan belakang masjid berdekatan dengan tandas. Mata kami mengantuk, menjerit mahu lelap...

Jam menunjukkan hampir mencecah jam 5 pagi.

Sunyi.

Sepi.

Apabila bacaan Al-Quran mula dikumandangkan melalui pembesar suara, kami terkejut! Apabila Si Qari membaca, “A’uzubillah minas Syaitannir Rajiim...”, terus terdegar nyalakan anjing tidak henti. Pada mulanya tadi yang sunyi sepi.. Tiba-tiba pula anjing menyalak tiada henti.. Kawanku berkata, “anjing kalau nampak syaitan, terus menyalak”. Seram sejuk pula kami...”Tapi, nanti kalau azan, lagi kuat nyalakan anjing tu”..

Kami nekad, kami mahu masuk ke dalam masjid. Mahu Qiamullail. Rugi sungguh kami kalau kami menunggu masa berlalu sehingga azan subuh berkumandang. Kami masuk ke dalam, seolah-olah kami baru sampai di situ. Seorang pakcik bertanya kepada kami, “Dari mana kamu semua ni?” Kami hanya menjawab, kami dari sebuah kolej ini..
Alhamdulillah, sempat juga kami melakukan tahajud..

Tidak lama kemudian, azan subuh berkumandang. Seiring nyalakan anjing tiada henti. Aku hanya sempat memandang sahabat aku tadi. Benarlah katanya sebelum ini.
Kami keluar dari masjid tersebut jam 7 Pagi dengan harapan tidak ketinggalan menaiki bas mini yang hanya mengecas kami RM1 seorang. Pak cik driver tiada dalam bas. Lama juga kami menunggu. Pak cik mencari sarapan paginya, mungkin...

Dalam hati aku pula risau. pukul 8 pagi itu, aku ada mesyuarat penting bersama satu persatuan ini..

Memang terlewat.. Ujian daripada Allah..

Kami terfikir, mengapa ujian ini perlu kami hadapi bukan orang lain? Berfikirlah, lantas kita akan bersyukur atas segala ujian dan cabaranNya..


***********

Sahabat, mesti banyak persepsi anda semua terhadap kisah ini.. Mungkin, antaranya, “Perempuan berjalan malam-malam. Tak manis langsung..” dan mungkin, “tak ada kerja langsung bebudak ni”

Sahabat, mari kita melihat kisah mereka ini dari satu sudut yang positif. Banyak tauladan kita boleh ambil lantas perlu dijadikan iktibar kepada kita semua. Pertama-tamanya, Pengorbanan! Apabila kita berhadapan dengan pelajar yang dalam kesusahan, berkorbanlah sedikit tenaga untuk membantu mereka. Walaupun kita sendiri dalam kesuntukan wang. InsyaAllah, pengorbanan kita untuk membantu mereka yang masih dalam perjuangan menuntut ilmu di jalan Allah, Allah akan membalasnya dengan syurga yang tidak pernah kelihatan di mata, terfikir di akal, terdengar di telinga kita! Kedua, Kesyukuran. Bersyukurlah, kita mendapat tempat berteduh yang selamat, selamat dari gangguan bunyi makhluk lain yang membingitkan, ancaman manusia yang tidak kita kenali..

Terakhirnya, masjid sebagai Rumah Allah.. Cuba bandingkan negara kita dengan negara yang lain. Di mana fungsinya sebagai tempat berteduh kepada para musafir...